Kajian Pembangunan

Friday, January 15, 2010
Check out this SlideShare Presentation:

lamanya

Sunday, January 10, 2010
LAMANYA???

cukup lama masa yang saya ambil untuk memasukkan entri di dalam blog ini...namun masih tidak ketemukan juga... benar kata Pn. Noraini, awl2 buat blog ni memang semangat nak tulis...nanti dah lama2, kita akan jadi jemu dan malas.

entahlah...

mungkin saya perlu lupakan niat untuk terus menulis, terus memberi pendapat dan terus berada di arena blog ni...

YA Tuhan...


setelah sekian lama

Wednesday, January 6, 2010
setelah sekian lama (lama sangat ker???huhuhu) baru la terasa nk cecahkan jari jemari ni di keyboard laptop kesayangan ni utk taip entri. bukan tak sempat apetah lagi sibuk di awal2 semester ni tapi idea tak dapat dicernakan. entah kenapa dirasakan sejak beberapa minggu ni otak bergerak terlalu perlahan seakan RAM nya minta di 'upgradekan' ke angka GIGABYTE yg lebih besar.

saya sedang memikirkan utk transform pengisian blog saya dan ingin mengikut jejak2 blog sahabat2 yang kelihatan lebih ceria, informative, dan kreatif... ah! mungkin bukan saya lah orangnya bila disuruh memikirkan berkenaan KREATIF. i'm totally not creative... terbit perasaan bangga dgn blog beberapa teman yang tidaklah terlalu lama menceburkan diri dalam arena blog ni, tapi pengisian dan pengikut blognya membuatkan saya sedikit iri hati...

tapi tak mengapa... sy akan memikirkan sesuatu yg baru utk menTransform blog yg saya sayangi ni sebagai wadah utk saya luahkan pendapat mahupun rkritikan (sape je la yg nk dikritik...poyo betul...ngeee)

apapun, masih belum terlewat rasanya utk saya mengucapkan "SELAMAT TAHUN BARU 2010" kpd semua.

ramai sahabat bertanya tentang azam tahun baru...

dan buat pengetahuan, azam saya tak berubah dari dulu...

TO BE THE BEST

cuma mungkin sedikit perubahan (***sebenarnya nk guna pkataan transformasi tapi mcm dh banyak plak pkataan tu digunakan tadi...huhu) kecil perlu dilakukan untuk merealisasikan azam tu selepas beberapa pencapaian terburuk dicapai di dalam tahun 2009. agar tidak mengecewakan harapan banyak pihak serta insan tersayang...

I SHOULD CHANGE!!

dan bermulanya semester... aduh...tak bersemangat untuk memulakan kuliah...tak seperti semester2 sebelumnya, pastinya kami bergembira bertanyakan tentang itu dan ini, tapi apabila masuk ke dlm kelas saya mencuba untuk tak campur tangan dalam banyak hal... benarlah kata si bijak... "kadang2 org tak kisah pun, kita je rasa rendah diri"


amirul tetaplah amirul yang dulu

amirul masih gemar bergosip

amirul masih panas baran

amirul masih gemar berangan-angan

amirul masih kuat makan

amirul masih suka shopping

amirul masih suka membaca buku tak kira genre dan penulis

amirul masih suka ketawa

amirul masih cepat berasa bosan

amirul masih kekal happy go lucky

amirul masih seorang yang boros

amirul adalah amirul rafiq....

fuh!!! tak pasal2 nak bermadah bicara pulak...

ABAIKAN !!!







GATHERING TEMAN SEKOLAH : BATCH 1987 SMKSG

Thursday, December 10, 2009
TARIKH : 28 NOV 2009
TEMPAT : BP MALL Batu Pahat Johor


Syukurlah… setelah 5 tahun terpisah, kami dipertemukan di sebuah majlis ‘jumpa-jumpa’ yang serba simple and sempoi tapi sgt best!

Ye lah…bayangkan utk 5 thn kami tak berjumpa mcm2 berita dan cerita kami kongsi… hm… 50% teman akan menamatkan pengajian ijazah mei 2010 dan 30% dah bekerja atas tiket diploma masing2…saya dan beberapa teman yang lain shj masih berbaki 18 bulan lagi… bak kata mak saya “biar lambat asal selamat”…

Thanks to ADNAN dan LAILA sbg pengarah dan timbalan pengarah projek.
Also thanks to all 3RK’s and 5SSC1’s yg sudi luangkan masa utk join our gathering!!! =)




AMBIL KESEMPATAN

Kesempatan yg ada selepas program saya ambil utk stay di rumah sal (dengan muka tak malunyerrrr)… peserta utk program KEPOH-KEPOH D’ MELAKA ni ialah seramai 5 org iaitu saya, echot, ema, sal dan farah(kawan baruuu)… sure happening! Sangat2.. thanks u’ollzzzz…

HARI LAHIR KU YG KE 22… CUKUP BAHAGIA!!!

TEMPAT : MELAKA RIVER, MELAKA

Catatan memoir paling indah ketika di Melaka ialah pada 20 November, iaitu my 22nd birthday, saya rasa sgt sedih dan sebak giler sebab satu pakatan telah dirancang utk menyambut birthday saya… thanks kpd master mind yg super duper hebat… c’mas! Paling syiok!!! Ema pun ada sekali… thanks a lot to both my beloved special friends, teacher & sister (the unique relationship among us!!!)

Walaupun agak terlewat, saya ingin ambil kesempatan utk merakamkan setinggi2 penghargaan kpd beberapa insan yg paling istimewa dan dgn sukacitanya saya anugerahkan

1. PINGAT PENGHARGAAN PERIBADI KASIH SAYANG SANGAT-SANGAT (PPPKSS) yg membawa gelaran HATI EMAS

  • HATI EMAS PN. CHE MANISAH BT CHE MOHD YUSOF (ketua penerima senarai anugerah...kekeke)
  • HATI EMAS CIK SITI AISHAH BT MOHD SHAFIE
  • HATI EMAS CIK HALIMAHTON SAADIAH BT. KAMSANI
  • HATI EMAS PN. NORAINI BT ISMAIL
  • HATI EMAS EN. MD MUSLIM BIN MOHD SEIN
  • HATI EMAS EN. MOHD AMIRUL QABIDH

2.PINGAT PENGHARGAAN SAHABAT TERSAYANG(PPST) yang membawa gelaran HATI PERAK

  • HATI PERAK CIK WANI =)
  • HATI PERAK CIK SALZIDA BT IBRAHIM
  • HATI PERAK CIK SITI ZUBAIDAH BT. SAFIE
  • HATI PERAK CIK SHAREENA HANNIS BT MOHD NIZAM
  • HATI PERAK EN. MOHD HAZRIK KAMARUZAMAN

p/s: anugerah ini sy anugerahkan kpd insan2 yg saya sgt2 hargai sempena sambutan hari lahir saya yang ke 22 yg lalu kpd sahabat taulan…SEBAGAI APRESIASI BETAPA SAYA AMAT MENGHARGAI MEREKA SEBAGAI INSAN YG CUKUP MEMAHAMI DIRI SAYA DAN SANGAT SEKEPALA DENGAN SAYA TANPA ADA LAGI AYAT2 YG INDAH UTK SAYA CATATKAN UTK SAYA GAMBARKAN BETAPA SAYA SGT MENGHARGAI MERAKA… (utk pengetahuan, amirul rafiq teramat sgtlah berangan dan tah ape2 tah…)



KURSUS ASUHAN FASILITATOR 2009

ANJURAN : KELAB INSPIRASI UiTM KOTA BHARU KELANTAN
TARIKH : 19 - 21 NOVEMBER 2009
PESERTA : 42 ORANG
TEMPAT : UiTM KAMPUS BANDARAYA, MELAKA
PENGARAH PROJEK : ECHOT (perlu ke nak mentioned???huhu)

Setelah sekian lama tak update blog disebabkan halangan utama iaitu kemalasan yang melampaui batas serta kesukaran utk mendapatkan internet… maka hari ini saya merajinkan diri utk menuliskan beberapa entri ttg peristiwa-peristiwa penting yg telah berlaku sepanjang 18 nov hingga 10 disember ni…

Dan peristiwa pertama penting yg saya rasa harus utk direkodkan di dlm blog ni ialah KURSUS ASUHAN FASILITATOR sepertimana heading tu…

Program selama lebih kurang 3 hari ni mmg best & banyak beri input yang berguna pada diri saya dan mungkin kpd diri peserta yg lain (berdasarkan feedback secara kasar ).

Paling best. Fasilitator dan penceramah dari I SMS yg mana kesemuanya saya kenal belaka dan pernah bekerja dengan mereka… kak mira, abe har & abe g! ehm… tak de la rasa kekok sgt…
Cuma saya masih gagal utk memecahkan blok yg terpendam dalam diri. Iaitu memesrakan diri di tempat yg baru juga cara berinteraksi lebih mesra dgn kenalan baru… TOLONGLAH I SMS!! Huhuhu…



status ku

Tuesday, December 1, 2009


saya masih mampu tersenyum =)





tahniah

Tuesday, November 17, 2009
tahniah untuk sahabat terchenta... kechik... dpt menyambung pengajian ijazahnya yg diimpi2kan... di uitm segamat... seronoknya belajar di segamat...

dedikasi buat kechik: semoga menempa kecemerlangan di segamat! semoga beroleh apa yg dihajati utk masa hadapan dan semoga jangan nakal2..huhuhu...




rintihan hati

Monday, November 16, 2009
sesekali terdetik dalam hati selepas menjawab exam akhir semalam "tak cukup kah usaha aku selama ni?? kat mana silapnya? apa yg aku dah lakukan? atau ada sesuatu perbuatan yg menyebabkan aku terhijab utk menjalankan rutin seharian dgn normal, jwb soalan exam dgn tenang?"

begitulah jahatnya hati saya memikirkan.lebih teruk lagi sesekali saya berprasangka buruk kepada Dia. nyata mudah utk memotivasikan orang, tetapi sukar utk memotivasikan diri sendiri. akhirnya, saya pasrah. bak kata sahabat baik yg mungkin juga sekarang dalam kesedihan krn tdk mendapat ap yg dihajati, kechik, "let bygone be bygone"...

kini saya langsung tiada mood. tiada mood utk buat apa pun. rasakan seperti usaha utk 1 semester sia-sia. semua paper exam sem ni di luar jangkaan. dan saya rasakan cita-cita saya juga musnah. semuanya musnah... saya telah menghampakan banyak pihak. ibu dan ayah terutamanya. mereka mungkin tidak akan kedengaran lagi ucapan "mak, apit dapat anugerah dekan lagi..." dan mungkin juga takkan kedengaran ucapan "tahniah...cam ni la anak mak ngn abah..." juga mungkin sekurang2nya senyuman puas dan bangga takkan saya dapat lihat dari riak wajah dua insan tercinta ini. setiap kali tibanya sesuatu peperiksaan saya akan telefon dan sms mereka agar mendoakan saya utk keputusan yg cemerlang. dan saya percaya utk itu. saya percaya bhwa setiap kejayaan yg saya capai adalah hasil harapan, doa dan keredhaan mereka...

tetapi kali ini dan buat pertama kalinya saya gagal. saya rasakan kegagalan itu sangat hampir dengan diri saya. sangat hampir. tidak sedikitpun saya merasa puas setiap kali selesai sesuatu subjek selepas exam. kadangkala kehampaan, dan lebih kerap kesedihan...

dan selepas kertas exam akhir semalam dan utk semester ini, sekali lagi kehampaan saya perolehi. saya malu dgn diri sendiri. saya gagal menjawab soalan yg dikemukakan. fikiran saya kosong. buat pertama kalinya juga dalam sejarah sepanjang saya belajar di uitm ini, saya ke tandas. bukan utk buang air, atau mencuci muka...tetapi utk menumpahkan air mata yg bertakung di kelopak mata sejak peperiksaan bermula. nyata rupanya airmata kesedihan itu dianugerahkan oleh ALLAH untuk semua... dan akhirnya saya mampu juga menumpahkannya...

bukanlah niat saya menulis entri ini untuk menunjuk kelemahan atau merendah2kan diri sendiri. saya rasa sangat tertekan. tidak tahu pada siapa perlu saya adukan dan saya bukanlah seorang yang gemar utk meluahkan kesedihan yg terbuku di hati kepada sesiapa melainkan kepada ibu. rasanya ketika ini teringin sekali saya peluk erat2 ibu saya dan katakan "mak! maaf!" dan kemudian, saya menangis sepuas2nya di bahu beliau, seterusnya saya akan membiarkan beliau untuk mengusap kepala saya seperti kebiasaan.

kini, air mata cukup murah untuk tertumpah. masih gagal utk melupakan kesedihan semalam... "Ya Tuahnku, mungkin ini dugaan Mu untuk ku, tapi aku rasakan ia terlalu berat utkku...bantu lah aku ya Tuahn...berikan ku kekuatan utk menjalani hari ini, hari esok, dan seterusnya...aku perlukan bimbingan Mu ya Tuhan"...